Dakwa di bawah AMLA jika terlibat barang tiruan - Utusan Malaysia

Dakwa di bawah AMLA jika terlibat barang tiruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 25 April – Mereka yang disyaki terlibat dalam aktiviti barangan tiruan bernilai lebih RM30,000 akan didakwa di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) bermula tahun ini.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, pada ketika ini pihak yang terlibat hanya disaman atau dikenakan kompaun.

“Kita tidak akan keluarkan lagi saman atau kompaun, sebaliknya kita akan tangkap dan reman selama beberapa hari sebelum membawa mereka ke mahkamah untuk didakwa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mana-mana pihak yang terlibat dengan barang tiruan ini seperti menjual, mengedar dan lain-lain juga kita akan pastikan mereka didakwa di bawah akta pengubahan wang haram,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pelupusan Ekshibit Perdana di Kompleks Penyimpanan Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP di Nilai, dekat sini hari ini.

Dalam majlis itu, barangan tiruan bernilai RM6,737,239 termasuk toner dan katrij pencetak bernilai RM3,108,300 dilupuskan. Turut dilupuskan kasut, beg, baju, minuman keras dan barang elektronik tiruan.

Menurut Iskandar Halim, tindakan lebih tegas dilaksanakan bagi membasmi kegiatan barang tiruan yang menyebabkan kerugian besar kepada banyak pihak.

Menurutnya, KPDNHEP turut menampung kos yang tinggi untuk melupuskan barang tiruan yang dirampas kerana kerja-kerja itu tertakluk kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

“Kos untuk melupuskan toner pada hari ini sahaja berjumlah RM266,000 kerana kita tidak boleh melupuskannya secara sesuka hati. Kita perlu bayar syarikat untuk melupuskannya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini