KEMPEN. Pasar raya Queensbay di Pulau Pinang baru-baru ini telah melancarkan kempen ‘katakan tidak kepada penyedut minuman plastik dan ‘plastik sekali guna’ sebagai menyahut seruan kerajaan negeri dalam usaha menjaga alam sekitar.
Penolong Pengarah Pusat pasar raya itu, Lee Sue Ling berkata, inisiatif tersebut merupakan yang ketiga selepas ia dilancarkan di pasar raya Gurney Paragon dan pasar raya Gurney Plaza sebelum ini.
“Kempen ini sememangnya mendatangkan kesan yang positif terutamanya kepada alam sekitar.” katanya.
Memuatkan artikel berkaitan…
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Datuk Yew Tung Seang yang melancarkan kempen itu turut mengedar poster ‘Tak Nak Straw’ kepada pengusaha kedai makan di Medan Selera Queen Hall di pasar raya itu.











