BELFAST 24 April – Perdana Menteri Britain, Theresa May dan Perdana Menteri Ireland, Leo Varadkar adalah antara pemimpin tertinggi yang menghadiri upacara pengebumian
wartawan Lyra McKee yang mati ditembak ketika membuat liputan insiden rusuhan di Londonderry, minggu lalu.
Antara lain yang hadir di gereja St. Anne untuk memberi penghormatan terakhir adalah ketua-ketua parti kesatuan dan nasional wilayah itu.
Memuatkan artikel berkaitan…
McKee adalah wartawan siasatan yang memenangi Anugerah Wartawan Muda Berita Sky.
Dia menerima dana daripada orang ramai untuk membiayai penulisan sebuah buku mencari pembunuh seorang ahli politik Ireland Utara lebih daru 30 tahun lalu. -AFP











