Aaron-Wooi Yik ke suku akhir kejohanan Asia - Utusan Malaysia

Aaron-Wooi Yik ke suku akhir kejohanan Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 April – Pasangan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi wakil pertama negara berjaya melangkah ke suku akhir Kejohanan Badminton Asia yang sedang berlangsung di Wuhan, hari ini.

Naib juara Siri Jelajah Dunia Super 1,000 All England mengesahkan aksi lapan terbaik selepas lawan mereka di pusingan kedua yang juga bekas juara dunia dari Indonesia, Muhammad Ahsan-Hendra Setiawan menarik diri selepas menewaskan pasangan Taiwan, Liao Min Chun-Su Ching Heng 21-15, 21-16.

Dalam aksi hari ini, Aaron-Wooi Yik berjaya menewaskan lawan mereka dari Thailand, Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh 21-15, 19-21, 21-17.

Memuatkan artikel berkaitan…

Melangkah ke pusingan kedua hari ini ialah pasangan Teo Ee Yi-Ong Yew Sin yang menang 21-12, 21-12 ke atas pasangan Taiwan Lin Shang Kai-Tseng Min Hao dan akan berdepan pilihan kedua dari China, Li Junhui-Liu Yuchen yang menewaskan pasangan Hong Kong, Chan Tsz Kit-Yeung Shing Choi 21-16, 21-13.

Pasangan beregu lelaki bebas, Mohd. Arif Ab. Latif-Nur Mohd. Azriyn Ayub menewaskan pasangan Thailand, Inkarat Apisuk-Tanupat Viriyangkura 21-14, 21-10 untuk bertemu pilihan ketiga dari Jepun, Keigo Sonoda-Takeshi Kamura yang menyingkirkan Chung Yonny-Tam Chun Hei 21-12, 21-17.

Turut melangkah ke pusingan kedua ialah Chong Wei Feng, Soniia Cheah (perseorangan wanita) dan Anna Cheong-Lim Chiew Sien (beregu wanita).

Gagal meneruskan kemaraan adalah pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan perseorangan wanita, Lee Ying Ying.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini