Saling berbalas kenyataan, Jue-Kaka bermasam muka? - Utusan Malaysia

Saling berbalas kenyataan, Jue-Kaka bermasam muka?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DULU macam belangkas, ke mana sahaja pasti akan ada kelibat mereka berdua. Sampaikan penyanyi Kaka Azraff turut menjadi salah seorang gadis pengiring di hari bahagia pelakon Che’ Puan Juliana Evans atau Jue.

Tetapi sekarang apa sudah jadi? Hubungan persahabatan selama 10 tahun renggang apabila masing-masing dilihat saling berbalas kenyataan dalam media sosial. Meskipun kedua-duanya tidak menyebut nama yang dimaksudkan namun pengikut Instagram dan Twitter bagaikan sudah dapat menduga.

Tidak dapat diketahui apakah punca pertelingkahan antara Juliana dan Kaka. Juliana pula baru-baru ini juga turut dikritik hebat oleh warganet kerana berbikini dan menampakkan perutnya yang semakin memboyot ketika bercuti bersama suaminya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Belum pun isu itu sejuk, timbul pula kisah yang ini pula. Pelakon filem Bella & Jamie ini dilihat begitu lantang meluahkan kekecewaannya serta sindiran setelah ditikam belakang oleh rakan baiknya sendiri.

Namun menerusi Twitter pula, Kaka juga turut menjawab dengan nada penuh sindiran.

Yang pasti, kedua-duanya sedang hamil anak sulung. Emosi ibu mengandung ni memang lain macam sikit. Agaknya emosi terganggu dek pembawaan budak. Alah, tak payahlah gaduh-gaduh. Harapnya api kemarahan tu terpadam juga tak lama lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini