Azwanddin didakwa di dua mahkamah - Utusan Malaysia

Azwanddin didakwa di dua mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG 24 April – Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah dihadapkan di dua Mahkamah Majistret di sini, atas tuduhan melakukan ugutan jenayah dan mengaibkan seseorang, tahun lalu.

Azwanddin,46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di kedua-dua mahkamah berkenaan.

Di hadapan Majistret Solehah Noratikah Ismail, Azwanddin,46, didakwa telah melakukan ugutan jenayah dengan menakutkan Ketua Polis Bandar Baru Klang, Asisten Superintenden Harun Abu Bakar untuk menyerang Balai Polis Klang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Manakala, bagi pertuduhan kedua, tertuduh yang juga Penasihat Gagasan Tiga Malaysia (G3) turut didakwa mengaibkan seorang individu merupakan orang awam untuk membangkitkan kemarahan yang boleh memecahkan keamanan di hadapan Majistret Muhammad ‘Azzam Zainal Abidin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini