41 PATI tidak sempat balik kampung - Utusan Malaysia

41 PATI tidak sempat balik kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Usaha seorang tekong laut membawa 41 pendatang asing tanpa izin (PATI) pulang ke Indonesia terbantut apabila bot pancung dinaiki mereka dipintas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua dalam satu operasi di perairan Pulau Kukup, Pontian dekat sini awal pagi semalam.

Dalam Op Gelora yang dilakukan sepasukan PPM Wilayah Dua Kukup pada pukul 1 pagi itu, tekong yang ditahan bersama 27 lelaki dewasa, 13 wanita dan seorang kanak-kanak perempuan berusia satu tahun hingga 69 tahun.

Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, Op Gelora yang dilakukan secara berterusan itu bagi mengekang aktiviti penyeludupan migran berjaya mengesan pergerakan bot sindiket di perairan terbabit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pasukan PPM Wilayah Dua Kukup berjaya memintas sebuah bot pancung yang dikendalikan seorang tekong warganegara Indonesia di barat Pulau Kukup, Pontian.

“Selepas pihak kita menggeledah bot terbabit dan berjaya menahan 41 PATI Indonesia yang sarat membawa barang-barang untuk pulang ke kampung halaman mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Khon Chiang berkata, siasatan mendapati PATI terbabit terdiri daripada mereka yang bekerja di Johor serta negeri jiran menggunakan laluan tidak sah untuk pulang ke Indonesia untuk menyambut Ramadan dan hari raya tidak lama lagi. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini