KUALA LUMPUR 21 April – Orang ramai dijemput memeriahkan Pesta Sukan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Malaysia 2019 pada 27 April 2019 di negeri Melaka.
POSTER Pesta Sukan Pasti Malaysia 2019. – UTUSAN ONLINE
Menurut kenyataan di laman Facebook Pasti Malaysia, pesta itu akan mengumpulkan semua pelajar dari pusat asuhan itu di seluruh Malaysia.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Kita berpeluang melihat bakat anak-anak dalam bidang sukan seperti bola sepak dan bola jaring.
“Oleh itu, orang ramai dijemput hadir ke pesta tersebut,” menurut Facebook itu.- UTUSAN ONLINE











