COLOMBO 21 April – Kerajaan Sri Lanka melaksanakan perintah berkurung seluruh negara berkuatkuasa serta-merta sehingga dimaklumkan nanti berikutan siri letupan hari ini.
Terdahulu, Kementerian Pertahanan menyatakan perintah berkurung akan bermula pada waktu malam bermula pukul 6 petang hingga 6 pagi waktu tempatan.
Hampir 160 orang maut dan ratusan cedera dalam lapan letupan yang menyasarkan gereja dan hotel mewah di negara ini. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











