Klopp ‘jauhi’ peminat - Utusan Malaysia

Klopp ‘jauhi’ peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 21 April – Jurgen Klopp memastikan dirinya tidak didekati dengan mana-mana penyokong Liverpool yang ketika ini teruja untuk menyaksikan kelab mereka menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama sejak 1990.

“Saya tidak keluar membeli-belah, saya mempunyai seluar yang mencukupi untuk dipakai 20 tahun seterusnya dan ini merupakan waktu paling lama saya tidak keluar sejak keluar membeli susu.

“Saya boleh bayangkan ‘mood’ penyokong namun kami bukan sebahagian daripadanya. Kami perlu memastikan keadaan kekal seperti ini,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Liverpool turut mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara dan itu bermakna mereka memburu kejuaraan berganda selepas kali terakhir melakukannya pada 35 tahun lalu.

“Kami mahu beraksi dan menang, bukannya duduk di rumah sambil mengharapkan pasukan lain kalau atau apa saja. Itu perkara yang anda perlu lakukan.

“Kami tahu kami perlu menunjukkan persembahan terbaik dan ini peluang terbaik kami untuk mencipta kejayaan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini