Rakaman cctv perbicaraan Najib disiasat bawah dua seksyen - Utusan Malaysia

Rakaman cctv perbicaraan Najib disiasat bawah dua seksyen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 April – Penularan satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) prosiding perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak semalam akan disiasat dibawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Perkara itu dijelaskan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim sejurus pihaknya membuat laporan iaitu first information report’ (FIR) tentang siasatan tersebut memandangkan tiada siapa yang tampil membuat laporan polis.

“Siasatan dibuat bersangkutan dengan satu laporan polis di Batu 9, Cheras di sini membabitkan tularnya rakaman cctv prosiding perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib semalam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, polis akan membuka siasatan di bawah Kertas Enkuari Polis (KEP) berhubung penularan satu rakaman cctv prosiding perbicaraan Najib Tun Razak di dalam laman sosial Facebook semalam.

Susulan itu difahamkan siasatan akan dijalankan berhubung penularan video berkenaan berdasarkan laporan yang dilakukan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini