KUALA LUMPUR 20 April – Kuala Lumpur meraih kemenangan keduanya musim ini apabila menundukkan Petaling Jaya (PJ) City 1-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras di sini sebentar tadi.
Dalam saingan tersebut, Ashri Chuchu menjaringkan gol tunggal untuk pasukannya pada minit ke-49, sekali gus mengesahkan tiga mata milik skuad City Boys.
Begitupun, Kuala Lumpur tetap menduduki tangga tercorot liga apabila mengumpul tujuh mata selepas sembilan perlawanan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Kuala Lumpur selepas ini bakal melayani kunjungan Perak pada Selasa ini.- UTUSAN ONLINE











