Polis Vietnam rampas satu tan methamphetamin - Utusan Malaysia

Polis Vietnam rampas satu tan methamphetamin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI 20 April – Polis hari ini merampas lebih satu tan dadah jenis methamphetamin selepas membongkar operasi penyeludupan yang didalangi dua warga Taiwan dan seorang rakyat tempatan di selatan negara itu.

Polis dalam satu kenyataan memberitahu, serbuan itu adalah serbuan besar-besaran yang ketiga dalam masa seminggu.

Dalam pada itu, polis turut merampas dua trak dan sebuah kereta di tempat letak kenderaan, dipandu dua lelaki Taiwan ‘menunjukkan tanda membawa barangan larangan’ di bandar Ho Chi Minh pada 12 April lalu. -AFP

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini