Polis tahan 126 petunjuk perasaan ‘ves kuning’ - Utusan Malaysia

Polis tahan 126 petunjuk perasaan ‘ves kuning’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 20 April – Kira-kira 126 petunjuk perasaan anti kerajaan dikenali sebagai ‘ves kuning’ ditahan polis hari ini ketika bantahan itu memasuki minggu ke-23.

Lapor AFP, sebelum itu polis turut melepaskan gas pemedih mata dan tembakan air untuk menyuraikan perarakan itu.

Ibu Pejabat Polis Perancis memberitahu, selain penahanan ke atas 126 individu itu, mereka turut memeriksa lebih 11,000 individu yan terlibat dalam tunjuk perasaan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pergerakan ‘ves kuning’ di Perancis pada awalnya bermula sebagai bantahan mengenai kenaikan bahan api tetapi merebak menjadi tunjuk perasaan besar-besaran menentang dasar Presiden Emmanuel Macron. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini