KUALA LUMPUR 20 April – Orang ramai dipelawa untuk menyaksikan program Persembahan Istimewa Tradisi dan Budaya Minang yang dibawa khas dari Indonesia bermula dari pukul 9 hingga 11 malam di Singgah Seni, Dataran Putrajaya, Presint 3 dekat sini.
Perbadanan Putrajaya dalam kenyataannya memaklumkan, persembahan itu akan dipersembahkan oleh penari dari Institut Seni Indonesia, Padang Panjang, Sumatera Barat yang akan memeriahkan suasana dengan lagu-lagu dan tarian tradisional serta deklamasi puisi.
“Selain itu, pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan ‘busking’ dan demonstrasi busana Minangkabau.
“Terdapat juga jualan ‘food truck’ yang mana pengunjung boleh membeli dan menikmati hidangan sambil duduk bersantai melihat persembahan,” katanya. – UTUSAN ONLINE











