Video dua pelajar kolej vokasional bergaduh tular - Utusan Malaysia

Video dua pelajar kolej vokasional bergaduh tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LABUAN – Seorang pelajar vokasional di sini menjadikan tasik rekreasi kolejnya sebagai gelanggang tinju manakala rakan-rakannya yang lain hanya mampu melihat menyebabkan seorang lagi pelajar dipukul hingga tidak berdaya.

Pergaduhan pada Khamis lepas itu dirakam oleh seorang pelajar menggunakan telefon pintarnya yang kemudian dipaparkan dalam talian sehingga menjadi tular.

Punca pergaduhan dua pelajar lelaki yang kedua-duanya berumur 16 tahun itu masih tidak dapat dipastikan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Rakaman video itu menunjukkan seorang pelajar yang memakai seragam kolej hanya melihat pergaduhan itu tanpa cuba untuk meleraikan keadaan. Dia hanya menjadi pihak pendamai selepas serangan terakhir pada lutut pelajar terbabit.

Berikutan pergaduhan yang tular dalam talian itu, ibu bapa mangsa membuat laporan polis hari ini. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini