BARCELONA 20 April – Prestasi konsisten Lionel Messi yang menakjubkan telah membuatkan pengurus Barcelona, Ernesto Valverde tidak penat untuk memberikan pujian terhadap penyerang berkenaan.
“Banyak yang boleh diperkatakan tetapi apa lagi yang boleh saya katakan mengenai Lionel Messi?.
“Bagi saya keupayaannya memadam semua rekod membuatkan orang ramai kagum malah sentiasa mengharapkan sesuatu yang istimewa daripadanya untuk di realisasikan.
“Dalam pasukan kami tahu kemampuannya,” kata Valverde.
Ketika ini Messi mencetuskan inspirasi buat Barcelona selepas menjaringkan 45 gol musim ini untuk menjulang kelab gergasi Sepanyol itu di puncak La Liga selain membantu mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara.
Dalam aksi Liga Juara-Juara pada Rabu lalu, Messi turut mempamerkan aksi terbaik ketika menewaskan Manchester United 3-0 yang menyaksikan penyerang berkenaan menjaringkan dua gol. – AGENSI











