Pengguna beratur sejak awal pagi mahukan pelekat RFID percuma - Utusan Malaysia

Pengguna beratur sejak awal pagi mahukan pelekat RFID percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 April – Pemasangan pelekat identifikasi frekuensi radio (RFID) secara percuma di kawasan Rehat dan Rawat Elmina (arah utara) serta Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) hari ini mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk sekitar dan pengguna lebuh raya itu.

PENGGUNA sejak awal pagi sudah beratur untuk mendapatkan pelekat RFID secara percuma yang akan dipasang pada kenderaan masing-masing. – UTUSAN ONLINE

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) memaklumkan, pengguna sejak awal pagi sudah beratur untuk mendapatkan pelekat RFID berkenaan untuk dipasang pada kenderaan masing-masing.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pengguna masih berpeluang mendapatkan pelekat RFID ini sehingga pukul 5.30 petang ini.

“Pengguna yang tidak berkesempatan untuk mendapatkan pelekat pada hari ini masih boleh membuat pemasangan pada esok bermula pukul 9 pagi di sini,” katanya.

Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh berhubung terus dengan Norhaslinda Abu Yazid di talian 017-687 1400 atau Mohd. Nor Adnin Osman di 014-319 1443. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini