2,000 hadiri Rapat Perdana Peneroka Felda Wilayah Raja Alias - Utusan Malaysia

2,000 hadiri Rapat Perdana Peneroka Felda Wilayah Raja Alias

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL 20 April – Lebih 2,000 peneroka menghadiri Program Rapat Perdana Peneroka Felda Wilayah Raja Alias di Felda Palong 9 di sini hari ini.

Program yang diadakan di Masjid Nurul Iman di sini dirasmikan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ia merupakan sebahagian daripada lawatan kerja beliau untuk bertemu peneroka dan memberi penerangan tentang Kertas Putih pemulihan Felda yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 10 April lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Yang turut hadir Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin; Pengarah Besar Felda, Datuk Dr. Othman Omar dan Ketua Peneroka Felda Wilayah Raja Alias, Karip Mohd. Salleh.

Felda Wilayah Raja Alias merupakan kawasan Felda terbesar dengan mempunyai 46 tanah rancangan dan kira-kira 16,000 penduduk. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini