KUALA LUMPUR 20 April – Orang ramai dipelawa menyertai pertandingan mencipta logo yang melambangkan Tabung Endowmen Majlis Daerah Hulu Selangor(MDHS).
–
MDHS dalam satu kenyataan yang dipetik melalui laman web rasminya memaklumkan, juara pertandingan berpeluang menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM500 dan sijil penyertaan.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Pihak kami mengalu-alukan penyertaan daripada semua warganegara Malaysia sebelum pertandingan ditutup pada 3 Mei ini.
“Penyertaan adalah percuma dan mereka yang berminat boleh muat turun syarat dan borang penyertaan di laman web www.mdhs.gov.my,” menurut laman web tersebut. – UTUSAN ONLINE











