Pertingkat rondaan cegah pembuangan sisa minyak di laut - Utusan Malaysia

Pertingkat rondaan cegah pembuangan sisa minyak di laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 20 April – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah mahu pihak berkuasa mempertingkatkan serta memperketatkan rondaan di sekitar perairan Johor bagi mengelakkan pembuangan sisa minyak kapal yang mengakibatkan pencemaran laut.

Merujuk kepada kejadian tumpahan minyak di perairan Tanjung Balau dan Batu Layar di Kota Tinggi baru-baru ini, Baginda bertitah perkara itu akan memberi pelbagai kesan negatif kepada laut dan juga hidupan marin selain menjejaskan pendapatan golongan nelayan.

“Pihak berkuasa perlu mempertingkatkan rondaan bagi mencegah aktiviti pembuangan sisa oleh kapal tangki kerana kan memberi pelbagai kesan negatif,” titah Baginda kepada Royal Press Office (RPO) hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sultan Johor bertitah, pihak berkuasa juga perlu mengenakan tindakan serta hukuman berat terhadap mereka yang didapati melakukan perbuatan itu.

Media baru-baru ini melaporkan Jabatan Laut Wilayah Selatan menemukan tompokan tumpahan kira-kira 300 tan minyak bahan api marin sepanjang kira-kira 10 kilometer di perairan Tanjung Balau dan Batu Layar, dipercayai berpunca daripada aktiviti pembuangan sisa oleh kapal tangki. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini