Allegri sahkan Ronaldo kekal di Turin musim depan - Utusan Malaysia

Allegri sahkan Ronaldo kekal di Turin musim depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TURIN 20 April – Pengurus Juventus, Massimiliano Allegri menolak untuk bercakap tentang spekulasi bahawa Cristiano Ronaldo ingin meninggalkan kelab berkenaan selepas tersingkir daripada kancah Liga Juara-Juara sebaliknya mengesahkan bahawa penyerang berusia 34 tahun itu akan terus berada di Turin pada musim depan.

Ronaldo telah bermain dalam aksi separuh akhir Liga Juara-Juara dalam setiap sembilan musim lalu namun bersama Juventus menyaksikan dia hanya dapat beraksi setakat saingan suku akhir selepas kelab Itali itu disingkirkan oleh Ajax.

Penyingkiran Juventus dalam kempen Liga Juara-Juara menyebabkan Ronaldo terlepas peluang untuk menjulang trofi kejohanan berprestij Eropah itu pada tahun ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketika ini media tempatan Itali melaporkan bahawa kekecewaan dalam aksi Liga Juara-Juara akan mendorong Ronaldo untuk mencari kelab baharu.

“Ronaldo telah melalui musim yang menakjubkan bersama kami.

“Masa depannya bersama Juventus amat cerah malah dia akan mengharungi musim lebih baik bersama kelab ini pada musim depan.

“Dia tenang dan kecewa seperti yang kami semua rasai kerana terkeluar daripada kancah Liga Juara-Juara.

“Dalam bola sepak sentiasa akan ada waktu gembira dan sedih yang tidak boleh dielakkan,” kata Allegri. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini