Enrich, Serai Group jalin kerjasama - Utusan Malaysia

Enrich, Serai Group jalin kerjasama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 April – Enrich, program kesetiaan Malaysia Airlines bekerjasama dengan Serai Group untuk menawarkan ganjaran menarik kepada semua ahlinya.

Ketua Pengalaman Pelanggan dan Pegawai Pemasaran Kumpulan Malaysia Airlines, Lau Yin May berkata, ahli Enrich kini boleh mengumpul dan tebus Enrich Miles apabila mereka makan di restoran Serai di Malaysia.

Katanya, ahli Enrich juga boleh menikmati faedah berkenaan di cawangan lain Serai Group termasuk Jibby & Co, Jibby East dan Jibby Chow.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Untuk meraikan kerjasama ini, ahli Enrich akan mendapat Enrich Miles dua kali ganda apabila mereka menjamu selera di mana-mana kedai Serai Group bermula 19 April hingga 31 Mei 2019,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan Serai Group, Najib Hamid. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini