Pelan Unifi 300Mbps RM199 sebulan - Utusan Malaysia

Pelan Unifi 300Mbps RM199 sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 April – Jenama konvergens utama di bawah Telekom Malaysia Berhad (TM), Unifi menawarkan pelan 300 megabit sesaat (Mbps) termasuk kotak media, pek ultimate Unifi TV dan baucar filem video atas permintaan (VOD) percuma setiap bulan pada harga RM199 sebulan.

Pemangku Naib Presiden Eksekutif Unifi, Moharmustaqeem Mohammed berkata, pelan baharu itu menawarkan empat baucar filem percuma di saluran Hypp Flicks Plus setiap bulan.

Katanya, pelan itu bukan sahaja menawarkan kelajuan internet yang lebih pantas, malah menawarkan kandungan premium menerusi saluran antarabangsa terkemuka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Antara saluran yang ditawarkan seperti gabungan saluran Fox dari Amerika Syarikat, rangkaian BBC, filem dan hiburan dari Korea serta saluran kanak-kanak seperti CBeebies, Nickelodeon, Dreamworks dan banyak lagi.

“Kami juga menawarkan 100 baucar VOD percuma kepada para pelanggan untuk menonton filem kegemaran mereka dengan selesa di rumah atau di mana sahaja menerusi aplikasi PlayTV@unifi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini