KUALA LUMPUR – Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd (SPRINT) akan mengadakan latihan kecemasan (ERP) di Kilometer 3.2 dekat Terowong Penchala di Lebuhraya SPRINT, Sabtu ini.
Menurut kenyataan SPRINT hari ini, latihan kecemasan yang melibatkan laluan dari arah Bukit Kiara/ Hartamas mengala ke Penchala, bermula pada pukul 7.00 pagi hingga 9.30 pagi.
Pengguna lebuh raya dari arah Bukit Kiara, Hartamas dan Jalan Duta menghala ke Kampung Sungai Penchala, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) dan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) akan dilencongkan ke laluan kontra sepanjang tempoh latihan belangsung, kata kenyataan itu.
Selain itu, kon-kon trafik dan papan tanda arahan akan diletakkan di lokasi sepanjang latihan kecemasan dijalankan untuk membantu pengguna lebuh raya.
Latihan itu diadakan dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia, polis, bomba, polis peronda lebuh raya dan Petron Malaysia – Bernama











