JAKARTA 17 April – Calon Presiden (calpres), Joko Widodo atau Jokowi meminta penyokong agar menunggu hasil pengiraan rasmi daripada Komisi Pemilihan Umum (KPU) nanti.
Detik News melaporkan, Jokowi berkata, tunggu sehingga keputusan rasmi meskipun hitung cepat dibuat beberapa lembaga survei menunjukkan beliau dan pasangan Ma’ruf Amin mendahului lawan.
Beliau juga mengucapkan penghargaan kepada KPU, Badan Pengawas Pemilihan Umum (Bawaslu) dan pihak keselamatan yang menjayakan Pemilihan Umum (Pemilu) 2019.
Memuatkan artikel berkaitan…
Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar di Djakarta Theater, hari ini.











