Bursa Malaysia ditutup rendah - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia ditutup rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 April – Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan aktiviti jualan dengan kebanyakannya membabitkan saham wajaran tinggi akibat kekurangan pemangkin di pasaran.

Sewaktu ditutup, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 8.56 mata kepada 1,620.9 berbanding paras 1,629.46 sewaktu ditutup pada Selasa.

Indeks penanda aras itu dibuka 2.39 mata lebih rendah kepada 1,627.07 dan bergerak dalam lingkungan 1,615.53 dan 1,627.07 sepanjang dagangan hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Naib Presiden Kanan (Pelaburan) Phillip Capital Management, Datuk Dr. Nazri Khan Adam Khan menjangkakan FBM KLCI akan cenderung untuk susut ke arah paras 1,600 dalam masa terdekat ini, dipacu oleh perkembangan negatif dan kesan teknikal ke paras di bawah paras sokongan 1,630 serta akibat penyusutan nilai ringgit.

“Susulan kerugian yang dialami pada Isnin dan Selasa, bursa tempatan itu meneruskan aliran sama hari ini ketika nilai indeks itu terus susut menghampiri 0.7 peratus dan menyebabkannya turun ke paras sokongan hampir 1,600 mata,” katanya kepada Bernama.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini