Bayi lapan bulan terperangkap dalam kereta  - Utusan Malaysia

Bayi lapan bulan terperangkap dalam kereta 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan berdepan detik mencemaskan selepas terperangkap di dalam sebuah kenderaan di Jalan Beting, Seksyen 8 di sini hari ini. 

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.31 pagi, selepas bayi yang sedang lena tidur dalam kerusi bayi ditinggalkan ibu bapanya. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Ahmad Subhaan Mohamed berkata, kejadian berlaku apabila ibu bapa bayi itu berusia 30an telah pergi ke rumah keluarga mereka di kawasan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, ketika ibu bapa bayi itu sedang rancak berbual dengan salah seorang ahli keluarga mereka didapati pintu kereta jenis Perodua Myvi itu terkunci dari dalam dengan keadaan enjin kereta masih hidup. 

“Bimbang perkara buruk berlaku, pasangan suami isteri itu kemudiannya telah menghubungi pihak bomba kira-kira pukul 9.35 untuk bantuan.

“Seramai lapan anggota termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian sebelum tiba 9.43 pagi dengan operasi menyelamat mengambil masa lima minit menggunakan peralatan khas,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Beliau menambah, bayi tersebut yang tidak mengalami sebarang kecederaan kemudiannya diserahkan kepada ibunya.

Justeru, Ahmad Subhaan menasihati orang ramai supaya lebih peka terhadap keselamatan anak-anak mereka terutama dalam meninggalkan di dalam kenderaan secara berseorangan.

“Berdasarkan rekod, kita telah menerima sebanyak lapan kes seperti itu sepanjang bulan ini.

“Masyarakat seharusnya mengambil pendekatan seperti membawa kunci pendua sebagai langkah keselamatan,” katanya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini