Wanita ‘gian’ bawa bayi perempuan beli dadah - Utusan Malaysia

Wanita ‘gian’ bawa bayi perempuan beli dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT BUNTAR 17 April – Seorang wanita berusia 33 tahun sanggup membawa bayi perempuannya yang berusia 18 bulan ke sebuah rumah di Parit Haji Dollah di Selinsing hari ini hanya semata-mata untuk mendapatkan bekalan dadah.

Tindakan wanita itu bagaimanapun mengundang padah apabila dia ditahan penguatkuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kerian dalam operasi perdana yang dijalankan bermula pukul 6 pagi hingga 2 petang.

Malah ketika tangkapan pada pukul 10.30 pagi itu dilakukan dengan tangan wanita tersebut digari, bayi yang masih menyusu badan sepenuhnya itu sedang menyusu badan ibunya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Operasi AADK Kerian, Shahrul Nizam Baharuddin berkata, selain wanita tersebut turut ditahan adalah suaminya berusia 49 tahun yang datang ke lokasi berkenaan untuk membeli dadah.

Katanya, lelaki tersebut telah terjebak dengan penagihan dadah sejak 10 tahun lalu manakala isterinya itu pula baharu terlibat dalam tempoh setahun.

“Selain pasangan suami isteri itu, seorang bapa berusia 48 bersama anak lelaki berusia lima tahun turut ditahan dalam operasi sama.

“Dalam operasi ini seramai 11 lelaki dan tiga wanita berusia 33 hingga 57 tahun ditahan AADK dan kebanyakan yang ditahan melibatkan kes berulang,” katanya pada sidang akhbar di pejabat AADK di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini