PPM gagalkan cubaan dua lelaki tangkap ikan guna bom - Utusan Malaysia

PPM gagalkan cubaan dua lelaki tangkap ikan guna bom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHAD DATU 17 April – Pasukan Polis Marin (PPM) menggagalkan cubaan dua lelaki menangkap ikan menggunakan bahan letupan di kawasan perairan Kunak Jaya di sini, semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, dalam kejadian 2 petang itu, Unit Risikan Marin (URM) Lahad Datu mengesan sebuah bot mencurigakan dinaiki dua lelaki terbabit namun apabila menyedari kehadiran anggota keselamatan suspek melarikan diri dengan terjun ke laut.

“Pemeriksaan dalam ruangan bot menemui lima botol kaca berisi baja yang dipercayai digunakan sebagai bahan letupan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohamah Pajeri berkata susulan itu bot serta bahan letupan yang nilai keseluruhan dianggarkan RM2,575 dirampas dan di bawa ke Markas Operasi PPM Lahad Datu untuk tindakan lanjut. -BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×