RM23,700 dikutip sempena larian amal Autisme - Utusan Malaysia

RM23,700 dikutip sempena larian amal Autisme

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 April – Sunway University Business School Student Concilium (SUBS SC) baru-baru ini menganjurkan larian amal Run for Care 2019 yang bertujuan menyokong usaha A Plus For Autism dalam memupuk penerimaan masyarakat terhadap golongan autisme.

Pengerusi Penganjur, Vivien Lee berkata, acara larian sejauh enam kilometer yang bermula pada pukul 7.30 pagi itu diadakan di sekitar Bandar Sunway bermula dari Universiti Sunway, Subang Jaya Selangor.

“Program ini bertujuan menyokong kanak-kanak autistik dan pada masa yang sama meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang ramai sempena bulan kesedaran autisme ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Larian ini berjaya mengumpul dana sebanyak RM23,700 yang mana kutipan tersebut akan disumbang kepada pertubuhan amal, A Plus For Autism,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini