Lapasar perkukuh tadbir urus pemerolehan MAHB - Utusan Malaysia

Lapasar perkukuh tadbir urus pemerolehan MAHB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 April – Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mengukuhkan tadbir urus pemerolehannya dengan mendigitalkan proses-proses yang terlibat menerusi platform e-pasaran, Lapasar.

Lapasar dibangunkan oleh syarikat permulaan, Tenderin yang mempunyai kepakaran dalam penyelesaian rantaian bekalan seperti e-pemerolehan, logistik, rumah gudang dan pembayaran.

MAHB dalam kenyataannya berkata, pelaksanaan sistem e-katalog merupakan sebahagian daripada usaha transformasi pemerolehan organisasi itu selari dengan hala tuju digital, Airports 4.0.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dengan Lapasar kakitangan boleh membuat pembelian secara dalam talian dan dokumentasi manual akan dihapuskan sepenuhnya.

“Ini memudahkan proses pemerolehan kerana Lapasar merupakan platform dalam talian perniagaan kepada perniagaan (B2B) tunggal,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini