Hilang fokus punca Kelantan United tumpang - Utusan Malaysia

Hilang fokus punca Kelantan United tumpang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 17 April – Aksi terpuji Kelantan United pada babak pertama dihukum apabila barisan pemain pasukan itu hilang fokus dalam tempoh sepuluh minit terakhir perlawanan sehingga membenarkan Terengganu FC 1 (TFC 1) bangkit untuk meraih kemenangan pada aksi pusingan ketiga Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini semalam.

Pengendalinya, Zahasmi Ismail berkata, ini berpunca daripada perbezaan mentaliti antara saingan Liga Super dan Liga M3 yang agak ketara.

“Separuh masa pertama kita bermula dengan baik dan berjaya menghasilkan jaringan serta menyekat lawan daripada menyamakan kedudukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun semuanya berubah apabila kesilapan mudah dan hilang fokus sehingga membenarkan lawan mendapatkan dua jaringan dalam tempoh tidak sampai tiga minit,” katanya.

Zahasmi memberitahu, situasi itu nyata telah ‘meragut’ aksi cemerlang yang diperagakan oleh anak-anak buahnya pada babak pertama.

Katanya, dia mahu kembali fokus kepada saingan M3 dalam yang sedang berlangsung ketika ini.

Pada perlawanan itu, Kelantan United terlebih dahulu berada didepan seawal minit kesembilan menerusi sepakan lambung menarik Mohammad Rozaimi Azwar Mat Noor yang melepasi jangkauan penjaga gawang TFC 1 Mohd Suffian Ab. Rahman.

Separuh masa kedua, TFC 1 mempamerkan aksi kebangkitkan luar biasa apabila meledakan tiga gol untuk memadamkan kelebihan yang dicipta Kelantan United sebelum itu.

Gol-gol TFC 1 dihasilkan menerusi Sanjar Shaakhmedov (minit ke-50); Tchetche Kipre

dan kapten pasukan, Lee Andrew Tuck (minit ke-73). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini