Suhakam ucap terima kasih kepada Razali - Utusan Malaysia

Suhakam ucap terima kasih kepada Razali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 April – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Tan Sri Razali Ismail yang meletakkan jawatan sebagai Pengerusi suruhanjaya itu Isnin lalu.

Pemangku Pengerusi Suhakam, Jerald Joseph berkata, Razali yang menerajui Suhakam sejak tiga tahun lalu telah memperkukuhkan profil suruhanjaya itu dan berdiri teguh dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia melalui sokongannya terhadap kesemua usaha yang di ambil Sukaham.

“Ini termasuk penyertaan kepada triti-triti antarabangsa yang akan memastikan agar perlindungan hak asasi dapat diserap di dalam undang-undang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia juga meliputi dedikasi tanpa henti beliau dalam memperjuangkan perubahan sosial dan institusi yang mana amat diperlukan bagi perlindungan terhadap kesaksamaan dan keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, kaum dan fahaman.

“Pengalaman Razali pada peringkat antarabangsa dan sebahagian daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), termasuk kerjasama dengan masyarakat secara umumnya merupakan sesuatu yang amat diperlukan dalam usaha yang dilakukan Suhakam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini