Michelle Yeoh sah bintangi filem Avatar 2 - Utusan Malaysia

Michelle Yeoh sah bintangi filem Avatar 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Aktres terkenal Tan Sri Michelle Yeoh mengesahkan beliau akan terlibat dalam pembikinan sekuel filem Avatar yang dijangka menemui peminat pada tahun depan.

Perkara itu dikongsikan oleh Michelle, 56, menerusi Instragamnya semalam.

“Saya sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada francais Avatar. Saya juga tidak sabar untuk bekerja dengan pengarah legenda James Cameron nanti,” tulisnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam perkongsian tersebut, pelakon yang terkenal menerusi filem Wing Chun itu turut berkongsi kata-kata yang pernah diungkapkan Cameron terhadapnya.

“Sepanjang kariernya, Michelle berjaya mencipta karakter yang unik dan sentiasa diingati dalam lakonan.

“Saya tidak sabar untuk bekerja dengannya dan melakukan hal serupa dalam sekuel Avatar,” kata Cameron.

Sebelum ini, filem pertama Avatar ditayangkan pada 2009 dan dibintangi barisan pelakon seperti Sam Worthington, Zoe Saldana, Stephen Lang serta Michelle Rodriguez. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini