Sanchez dilabel ‘penipu’ model Paraguay - Utusan Malaysia

Sanchez dilabel ‘penipu’ model Paraguay

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 16 April – Alexis Sanchez dilabelkan sebagai ‘kaki wanita yang gemar menipu’ oleh seorang model jelita Paraguay.

Mirtha Sosa, yang mem­punyai­ hampir 100,000 pengikut Instagram mendakwa bintang Manchester United, Sanchez sering menghujani­nya dengan panggilan telefon, malah, ada mengundang wanita itu berkunjung ke England.

Ejen pemain antarabangsa Chile itu, Fernando Felicevich, bagaimanapun, menafikan dakwaan tersebut. Namun, Sosa berkata, Sanchez telah ‘memusnahkannya’, setelah dia mendapat tahu pemain itu turut mempunyai hubungan dengan wanita lain dalam masa yang sama.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dia meminta nombor saya. Kami mula berhubung dan saling mengenali antara satu sama lain. Dia ada mengirimkan tiket untuk terbang bersama­nya, tetapi saya tidak pergi. Saya maklumkan kepadanya bahawa jika saya pergi, ia akan menjadi tontonan umum.

“Saya tidak mahu menjadi salah seorang wanita yang menjadi peneman sementara dan itu sahaja,” katanya kepada sebuah majalah Argentina, Cronica.

Jelas wanita itu, Sanchez turut menghubunginya 24 jam sehari dan tidak membenarkannya berbuat apa-apa.

“Dia menjadikan kehi­dupan saya bertambah sukar, saya tidak mempunyai ruang peribadi, kehidupan saya hanya untuk dia. Saya jatuh cinta kepadanya, dia mendakwa dia enggan me­nge­nali wanita lain. Apa yang dia lakukan amat melukakan hati saya. Hidup saya musnah,” ujar Sosa.

Sanchez sebelum ini mengumumkan perpisahan dengan teman wanitanya, Mayte Rodriguez, September tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini