Bayi lahir dengan lidah gergasi - Utusan Malaysia

Bayi lahir dengan lidah gergasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JENKS, Amerika Syarikat – Seorang kanak-kanak lelaki yang dilahirkan dengan keadaan lidah dua kali lebih besar daripada saiz normal selamat menjalani pembedahan selama dua jam setengah untuk mengecilkan saiznya baru-baru ini.

Ibu bapa kepada Baker Roth, 19 bulan, pada mulanya menyangka kanak-kanak itu sengaja mengeluarkan lidah ketika imbasan ultra bunyi yang dilakukan semasa dia masih berusia 27 minggu dalam kandungan.

Bagaimanapun, selepas lapan bulan dilahirkan, bayi itu disahkan menghidap sindrom Beckwith-Wiedemann iaitu satu masalah pertumbuhan tanpa kawalan yang jarang berlaku dan boleh memberi kesan kepada semua anggota badan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saiznya adalah dua kali ganda berbanding lidah kanak-kanak biasa,” kata ibunya, Farrah Roth, 42.

Sekumpulan pakar bedah menyatakan pembedahan itu perlu dilakukan untuk mengelakkan rahang kanak-kanak itu rosak disebabkan saiz lidah yang luar biasa.

Farrah berkata, prosedur pembedahan itu membolehkan anak lelaki mereka makan lebih banyak dan bernafas dengan mudah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini