Orion IXL, PT Kirana jalin kerjasama - Utusan Malaysia

Orion IXL, PT Kirana jalin kerjasama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 April – Orion IXL Bhd. (Orion IXL) meme­terai memorandum per­sefahaman (MoU) dengan firma Indonesia, PT Kirana Investama Nusantara (PT Kirana) bagi menyediakan penyelesaian keluarannya kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Indonesia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Orion IXL, Mohamad Shaharul Mohamad Shariff berkata, di bawah perjanjian tersebut Orion IXL dan PT Kirana akan bekerjasama dan melaksanakan aktiviti dan perkhidmatan fintech dan menyumbang kepada pertumbuhan dinamik PKS Indonesia.

Katanya, Orion IXL akan menggunakan aliran data berselang-seli seperti perkhid­matan pesanan ringkas (SMS), emel, media sosial dan trend industri bagi mengakses kebolehpercayaan kredit pe­langgan PT Kirana.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami juga akan menggunakan rekod data yang luas dan skor kredit berasaskan kecerdasan buatan (AI) perniagaan Indonesia untuk membolehkan unjuran hasil pembayaran pembiayaan dilaksanakan.

Kita turut akan melakukan proses simulasi dan alat-alat statistik lain yang membantu menilai risiko pembiayaan satu tahap atau terkumpul,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, MoU itu juga akan membolehkan kedua-dua pihak mengenal pasti platform pemprosesan kewangan bersesuaian dengan menggunakan automasi pemprosesan robotik (RPA) untuk menambah baik prestasi dan pada masa yang sama mengurangkan kos.

“Kerjasama ini juga akan melihat kepada meningkatkan ruang pasaran digital untuk PKS, individu, koperasi dan institusi kewangan bagi berinteraksi antara satu sama lain dan melaksanakan Perniagaan kepada Pengguna (B2C) dan aturan Perniagaan kepada Perniagaan (B2B).

“Di bawah MoU ini, Orion IXL juga akan membantu PT Kirana membangunkan aplikasi dompet bergerak untuk melakukan transaksi elek­tronik. Kerjasama ini juga melibatkan pembangunan sistem pengurusan pinjaman merangkumi portal dan platform pengambilalihan data dan analitikal,” katanya.

Orion IXL merupakan syarikat senaraian awam di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd. dan berkebolehan dalam enjin skor kredit berasaskan analitik data besar, AI dan rumusan rantaian blok kontrak pintar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini