Bacakan ayat Kursi untuk Mohammad Ashraf - Utusan Malaysia

Bacakan ayat Kursi untuk Mohammad Ashraf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOPENG 16 April – Ibu Mohammad Ashraf Hassan, 29, Siti Maznah Khamis meminta orang ramai agar membaca ayat Kursi kepada anaknya itu agar terus terpelihara daripada bahaya dan dapat ditemukan segera.

Siti Maznah, 58, berkata, kehilangan anak kelima daripada tujuh beradik itu merupakan ujian dan dugaan untuk mereka sekeluarga namun ia tetap diterima dengan reda dan besar hati.

Katanya, Mohammad Ashraf atau Acap itu adalah seorang anak yang baik dan mereka percaya setiap apa yang berlaku kini adalah juga perkara-perkara baik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya minta sangat kepada rakyat Malaysia semua sekali, lepas pukul 9 malam ini tolong sedekah ayat Kursi untuk Mohammad Ashraf.

“Saya minta sangat seluruh rakyat Malaysia, sekali pun cukuplah dan hanya itu saja yang saya minta,” katanya.

Dia ditemui pemberita selepas menerima kunjungan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin yang melawat pos kawalan bomba di Kampung Pintu Padang di sini hari ini.

Dalam kejadian pada 23 Mac lalu itu, Mohammad Ashraf atau lebih dikenali sebagai Acap yang memulakan larian dari Gua Tempurung bagi kategori 25 kilometer disedari hilang selepas tidak tiba di garisan penamat meskipun berada pada kedudukan 10 peserta teratas pertandingan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini