PH semakin menekan hidup rakyat -Gerakan - Utusan Malaysia

PH semakin menekan hidup rakyat -Gerakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 April – Sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran kerajaan, tekanan terhadap rakyat semakin tinggi terutamanya dalam kos sara hidup dan pelbagai jenis cukai.

Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, adalah sangat mengecewakan apabila PH bukan saja tidak simpati terhadap rakyat sebaliknya mengutip pelbagai jenis cukai baharu.

Katanya, cukai-cukai berkenaan adalah cukai pelepasan, cukai soda, cukai digital dan banyak lagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Adakah ini semua dasar bermanfaat yang diperkenalkan Lim Guan Eng? Secara faktanya, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah lebih baik daripada cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

“Kaji selidik Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) menunjukkan lebih separuh ahli perniagaan Cina cenderung ke arah GST. Sejak pelaksanaan GST, masalah kos sara hidup semakin meningkat dan tidak diselesaikan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Dominic, pelaksanaan pelbagai jenis cukai menyebabkan golongan berpendapatan pertengahan M40 menderita walaupun PH memperkenalkan beberapa dasar yang memberi manfaat kepada kumpulan B40.

Katanya, tekanan dan permintaan daripada kumpulan M40 seolah-olah diabaikan.

“Saya menggesa kerajaan untuk menilai semula beberapa cukai yang tidak perlu dan menghalang daripada rakyat terus menghadapi tekanan dalam kehidupan,” ujarnya.

-habis-


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini