Pengurus pula lebih sudu dari kuah - Utusan Malaysia

Pengurus pula lebih sudu dari kuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KISAH pengurus artis lagi ‘over’ daripada artis yang dijaganya bukan kisah baru dalam industri. Malah dalam 10, memang ada seorang dua berperangai begini.

Baru-baru ini Kekda mendengar sendiri luahan seseorang berkenaan sikap seorang pengurus artis yang orang kata lebih sudu daripada kuah.

Pada mulanya, rakan Kekda membuat permintaan untuk menemu ramah artis bawah jagaannya. Syarat pertama yang diletakkan hanya boleh menggunakan aplikasi WhatsApp untuk berhubung dengan dirinya. Jika ditelefon, memang tidak akan dijawab. Amboi! Kekwat kan, macam jaga Jlo ibaratnya.

Selepas itu, baru sahaja si polan itu menyuarakan hasrat untuk membuat temu ramah, belum apa-apa sudah ditolak bulat-bulat. Dengan alasan artisnya itu sibuk. Iya tahu sibuk tetapi gunalah budi bicara menolak dengan baik. Ini tidak, dengan jawapan angkuh sekali ya.

“Tidak kot, dia sibuk,” angkuh bukan?

Kekda tidak tahu berapa lama lagi artis jagaannya akan berada pada kedudukan tinggi itu. Tetapi tak kisah berapa lama pun, Kekda yakin tidak ada orang yang mahu melayan perangai pengurus artis seperti ini.

Tetapi hairan sungguh orang yang tiada adab begini. Mengapa perlu berada dalam dunia hiburan yang dia sendiri tahu akan berurusan dengan pelbagai pihak?

Lagi satu Kekda nak tegur, bukan bakat awak yang sedang disanjung peminat tetapi artis yang awak jaga. Apa salahnya merendah diri sikit?

Cumanya, Kekda tidak tahulah kalau artis yang dijaga juga berperangai begitu. Ops!

Tetapi selepas ini mahu elakkan berurusan sahaja, sebab dalam Malaysia ada ribuan lagi artis dan pengurus artis yang berperangai molek!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×