Perniagaan tempatan mesti bersedia evolusi - Utusan Malaysia

Perniagaan tempatan mesti bersedia evolusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 April – Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia (Pikom) percaya bahawa teknologi kini menjadi tumpuan dengan gangguan kini sudah biasa dalam IR 4.0.

Pengerusinya, Ganesh Kumar Bangah berkata, perniagaan tempatan mesti bersedia untuk berevolusi dan cepat menerima, memahami dan menyesuaikan diri dalam proses transformasi ini.

“Ini terpakai kepada semua sektor industri memandangkan gangguan tidak bersifat diskriminatif,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebelum ini Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menekankan bahawa negara mesti menyesuaikan diri dengan perubahan yang dibawa oleh IR 4.0 untuk memastikan ekonomi Malaysia kekal berdaya saing dan mencapai status sebagai satu daripada ekonomi paling dinamik di dunia.

Katanya, IR 4.0 memerlukan tahap pemikiran baharu termasuk pendekatan-pendekatan baharu dalam perniagaan.

 

“Kita perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan baharu dan mengambil risiko untuk menerapkan teknologi bukan sahaja untuk meningkatkan pengeluaran dan produktiviti tetapi juga untuk mewujudkan produk dan perkhidmatan baharu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini