86 lokar Ninja Box ditempatkan di stesen LRT, MRT, Monorel - Utusan Malaysia

86 lokar Ninja Box ditempatkan di stesen LRT, MRT, Monorel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 April – Pengguna pengangkutan awam kini boleh menikmati kemudahan 86 lokar ‘Ninja Box’ yang ditempatkan di 115 stesen rangkaian Transit Aliran Ringan (LRT) terpilih di Lembah Klang bagi perkhidmatan pengambilan dan penghantaran bungkusan yang dibeli secara dalam talian.

Pengenalan perkhidmatan dengan kerjasama antara Ninja Van Malaysia (Ninja Van) dan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) itu adalah bagi memudahkan pelanggan yang membuat pembelian secara dalam talian yang tiada di rumah atau terlepas waktu pejabat untuk menerima atau menghantar bungkusan mereka di sepanjang laluan tren dari Gombak menghala ke Puchong.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Strategi dan Transformasi Prasarana, Ang Yoke Kee berkata, dengan pelancaran Ninja Box tersebut menjadikan stesen-stesen transit kendalian Prasarana sebagai hab kemudahan penuh yang boleh dinikmati pengguna selain sebagai pengangkutan awam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebanyak 69 daripada 86 buah lokar telah disediakan di LRT, Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel terpilih manakala selebihnya akan ditempatkan selewatnya-lewatnya hujung tahun ini,” katanya.

Pelanggan boleh menggunakan perkhidmatan Ninja Box berkenaan di semua rangkaian syarikat-syarikat e-dagang seperti Lazada, Shopee, Zalora termasuk Naelofar Hijab dan FashionValet.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari laman web www.ninjavan.co atau menghubungi talian 011-722 5600. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini