Keputusan pilpres 2019 tidak jauh beza hasil tinjauan - Penganalisis politik - Utusan Malaysia

Keputusan pilpres 2019 tidak jauh beza hasil tinjauan – Penganalisis politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 16 April – Penganalisis politik Universiti Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah, Adi Prayitno meramalkan keputusan pilihan raya Presiden (pilpres) 2019 tidak akan jauh berbeza daripada hasil tinjauan beberapa agensi penyelidik.

Adi sebagaimana lapor portal Republika berkata, peluang untuk dipilih bagi pasangan calon Presiden nombor satu, Joko Widodo-Ma’ruf Amin masih unggul mengatasi pencabarnya, Prabowo Subianto-Sandiaga Uno yang merupakan pasangan calon Presiden nombor dua.

“Hasil tinjauan itu hampir tiada perubahan ketara mengatasi peluang boleh dipilih bagi Jokowi terutamanya tinjauan yang dikeluarkan oleh agensi yang kerap membuat penyelidikan bukannya oleh badan yang hanya muncul lima tahun sekali,” kata Adi, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beberapa hari menjelang hari tenang pemilihan umum (Pemilu) 2019, beberapa agensi penyelidikan mengeluarkan hasil tinjauan mereka.

Antaranya, Charta Politika meletakkan peluang dipilih melibatkan pasangan Jokowi-Ma’ruf pada angka 55.7 peratus manakala pasangan Prabowo-Sandiaga sebanyak 38.8 peratus.

Hasil tinjauan Saiful Mujani Research Center (SMRC) yang dikeluarkan Jumaat lalu juga hampir senada dengan Charta Politika apabila mendedahkan pasangan Jokowi-Ma’ruf unggul dengan 56.8 peratus diikuti pencabarnya, 37 peratus.

Selain itu, tinjauan Indo Barometer menunjukkan pasangan Presiden nombor satu itu meraih 59.9 peratus undian manakala pasangan nombor dua mengumpul 40.1 peratus ketika Lembaga Survei Median mendedahkan Jokowi-Ma’ruf meraih 47.2 peratus manakala Prabowo-Sandiaga mendapat 39.5 peratus undi.

Tambah Adi, jika melihat trend tinjauan, Jokowi dilihat unggul semasa pilpres mengatasi pencabarnya dengan jurang antara satu atau dua digit. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini