Bank Islam tawar hadiah lebih RM14 juta - Utusan Malaysia

Bank Islam tawar hadiah lebih RM14 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 April – Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) menawarkan hadiah melebihi RM14 juta menerusi Al-Awfar Baharu termasuk dua buah Mercedes C200 Avantgarde bagi cabutan setengah tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd. Muazzam Mohamed berkata, hadiah cabutan setengah tahun lain seperti Honda Civic, pakej percutian atau umrah dan telefon pintar.

Katanya, produk Al-Awfar yang diperkenalkan pada 2009 telah melahirkan 23 jutawan dengan saiz dana berjumlah RM2.45 bilion daripada 771,496 akaun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berdasarkan sambutan yang memberangsangkan ini kami mengambil keputusan untuk menambah baik produk Al-Awfar dari aspek nilai hadiah dan struktur hadiah cabutan. Dengan kata lain, lebih ramai pemegang akaun berpeluang memenangi pelbagai hadiah lumayan.

“Sebelum ini jumlah pemenang dalam setahun adalah 628 orang tetapi dengan Al-Awfar Baharu lebih 10,000 pelanggan layak memenangi hadiah yang ditawarkan,” katanya dalam majlis pelancaran Al-Awfar Baharu di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini