Disneyland Paris larang penggunaan straw - Utusan Malaysia

Disneyland Paris larang penggunaan straw

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 15 April – Disneyland Paris hari ini mengumumkan beberapa langkah untuk memastikan tempat tumpuan pelancong persendirian terbesar di Eropah itu lebih mesra alam sekitar, termasuklah melarang penggunaan straw plastik.

Taman tema berkenaan yang mampu menarik lebih 15 juta orang pelancong setiap tahun, menghasilkan 19 tan sisa buangan tahun lalu.

Menurut pengurus alam sekitar taman tema itu, Nicole Ouimet-Herter, pihaknya ketika ini mengitar semula kertas, gelas dan 18 jenis bahan lain yang boleh dikitar semula.

Memuatkan artikel berkaitan…

Setakat ini, sebanyak 50 peratus daripada jumlah sisa buangan berjaya dikitar semula dan Ouimet-Herter mengharapkan angka tersebut meningkat kepada 60 peratus menjelang tahun hadapan.

Bermula Khamis ini, taman tema itu akan menguatkuasakan larangan straw plastik dan digantikan dengan versi kertas boleh diguna semula.

Bagaimanapun, ia hanya akan diberikan sekiranya diminta oleh pengunjung. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini