Dua lagi suspek periksa kereta polis ditahan - Utusan Malaysia

Dua lagi suspek periksa kereta polis ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 15 April – Polis hari ini berjaya menahan dua lagi lelaki yang disyaki memeriksa kereta peronda (MPV) polis semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Sabtu lalu, di hadapan pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua dekat Rantau.

TANGKAP layar video dalam media sosial menunjukkan beberapa individu menahan kereta peronda polis di luar tempat mengundi untuk memeriksa kereta peronda tersebut. – UTUSAN ONLINE/MEDIA SOSIAL

Pemangku Ketua Polis negeri, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, dua lelaki berkenaan yang berusia 20-an dan 40-an ditahan di dua lokasi berasingan di Nilai dan Rantau kira-kira pukul 11.30 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penahanan dua suspek ini sekali gus melengkapkan tangkapan lima lelaki yang dipercayai terlibat dalam insiden tersebut pada Sabtu lalu.

“Tiga suspek yang ditahan semalam telah mendapat perintah reman selama tiga hari bermula hari ini dan dua lagi akan dipohon reman,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di sini hari ini.

Sementara itu, Mohamad turut menasihati orang ramai yang mengalami insiden sama pada Sabtu lalu supaya tampil membuat laporan polis.

“Sehingga kini, tiada laporan polis oleh orang awam berhubung kes ini dan berkemungkinan suspek juga melakukan tindakan sama sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang ramai,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini