Kelantan lepaskan Steinebrunner - Utusan Malaysia

Kelantan lepaskan Steinebrunner

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 15 April – Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Jorg Peter Steinebrunner terpaksa ‘diceraikan’ oleh badan induk itu ekoran masalah kewangan kronik yang dihadapi ketika ini.

Presiden KAFA Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, penamatkan kontrak Steinebrunner itu dibuat selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan bersama semalam.

Menurutnya, menerusi penamatkan kontrak itu KAFA turut menjelaskan semua tunggakan gaji pengendali Jerman yang sebelum ini gagal dijelaskan oleh Kelantan Red Warriors (KRW) Sdn. Bhd.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tindakan ini diambil kerana KAFA tidak mahu terus terpalit dengan kewangan pada masa akan datang.

“Saya beritahu Steinebrunner, KRW (Kelantan Red Warriors Sdn. Bhd.) tidak bayar gajinya. Saya ambil tanggungjawab bayar gajinya dan dia faham masalah Kelantan malah turut memotong tunggakan gajinya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Bibi Ramjani memberitahu, selain itu KAFA turut mengadakan perbincangan mengenai masa depan tonggak import, Flavio Beck Junior dan jurulatih kecergasan, Emilo.

Katanya, buat masa ini pihaknya masih menunggu kata putus kedua-dua individu itu sama ada bersetuju atau sebaliknya berhubung tawaran yang diberikan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini