Tak senonoh buang air besar tepi pantai - Utusan Malaysia

Tak senonoh buang air besar tepi pantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 15 April – Polis daerah ini memandang berat maklumat yang tular dalam media sosial mengenai perbuatan seorang pelancong asing wanita didakwa membuang air besar di tempat terbuka di pantai Batu 5 di sini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, perbuatan itu jika benar berlaku merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam.

“Kami maklum mengenai maklumat yang tular tersebut, tetapi tiada laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak berhubung insiden itu setakat ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami minta sesiapa yang mempunyai maklumat supaya tampil menyalurkannya kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Aidi Sham berkata, orang ramai yang berkunjung ke Port Dickson diminta menghormati sensitiviti masyarakat setempat dan menjaga kebersihan daerah ini.

Beliau turut meminta mana-mana pihak yang melihat perlakuan tidak senonoh di Port Dickson itu supaya segera melaporkannya kepada pihak polis untuk diambil tindakan.

Kelmarin, seorang pengguna Facebook memuat naik gambar memaparkan seorang pelancong asing wanita didakwa dari China sedang buang air besar di pantai Batu 5.

Gambar itu menerima kecaman warganet Malaysia yang menyifatkan perbuatan tersebut sebagai menjijikkan dan tidak menghormati pengunjung lain pantai tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini