Pemandu lori maut dirempuh sebuah treler - Utusan Malaysia

Pemandu lori maut dirempuh sebuah treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH – Seorang lelaki maut apabila lori yang dipandunya dirempuh oleh sebuah treler di Kilometer 26 Jalan Jerantut-Temerloh di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.20 pagi itu, pemandu lori terbabit, S. Kulanathan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Jerantut.

Ketua Polis Daerah  Temerloh, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, mangsa yang memandu lori seorang diri dikatakan  baru keluar dari satu simpang sebelum dirempuh oleh treler terbabit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Treler yang membawa muatan getah itu dalam perjalanan dari Jerantut ke Ipoh, Perak sebelum merempuh lori terbabit di lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati treler terbabit gagal mengelak lori yang keluar dari simpang itu dan merempuhnya sebelum kenderaan berat itu terbalik di atas landasan kereta api,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, akibat rempuhan itu, pemandu lori berkenaan mengalami kecederaan di kepala, kaki dan tangan kanan manakala pemandu treler hanya mengalami cedera ringan dan kelindannya tidak mengalami kecederaan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini